Guestbook | Gallery | Forums | Calendar | KnowBase | Classified | Site map | Login | 1 active visitor
PENGETUA


EN. MESKAM BIN MASBOR
Pengetua
SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat.

PENGURUSAN SEKOLAH
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
  • Persatuan Akademik
  • Persatuan Bukan akademik
  • Unit Beruniform
  • Sukan & Permainan
ORGANISASI
KHIDMAT PELANGGAN
MASA ITU EMAS

REHAT SEKEJAP

TV & RADIO

PENGUNJUNG WEB
 
LAMAN UTAMA

Sabtu, 24 Julai 2010
LDP 6/2010 – Kemahiran Menangani Stres
Program ini yang sepatutnya diadakan di Tasik Y, Batu Pahat diubah ke SMK Munshi Sulaiman kerana cuaca tidak mengizinkan. Program dijalankan mengikut tentatif, antaranya Senamrobik, demontrasi masakan nasi bariyani, memancing dan pertandingan melukis untuk anak-anak guru dan staf MUNSHI. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua dan cabutan bertuah.

 

Sabtu, 26 Jun 2010
Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Bersama Pelanggan 2010 telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ayub Bin Jamil, ADUN Kawasan Rengit. Dalam majlis ini, Tuan Pengetua telah menerangkan kepada ibu bapa kedudukan dan pencapaian pelajar-pelajar Munshi. Ibu bapa juga berpeluang berjumpa dengan guru-guru untuk membincangkan permasalahan anak-anak. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya diharapkan dapat meningktkan usaha ke arah kecemerlangan.

 

 

Isnin, 24 Mei 2010
Kempen Budi Bahasa Peringkat Sekolah dilancarkan oleh En Meskam Bin Masbor  (pengetua) dan sesi petang oleh En Yeo Kee Huat (GPK Petang). Kempen Budi Bahasa  ini memberi  fokus kepada penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Program ini dapat membantu para pelajar meningkatkan hubungan baik antara mereka dengan guru, antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan ibu bapa.

Sabtu, 22 Mei 2010
LDP 5/2010 - Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Siri 2
LDP 5/2010 dijalankan dengan kerjasama Institut Perguruan Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Munshi mengenai Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning). LDP 5 yang bermula jam 8.00 pagi di IPTHO diisi dengan Slot-1 Penggunaan Pamplet Rancangan P&P, Slot-2 Bengkel Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian Berasaskan PBL, Slot-3 Pengenalan Soalan Berdasarkan Kurikulum dan Slot-4 Pembentangan dan Rumusan. Terima kasih kepada En Mohan a/l Palaniandy, En Koh Kok Hwee, En Ismail Jaafar, En Zulkepli Shaharom dan Pn Haslina Muhammad, pensyarah-pensyarah IPTHO yang menjadi fasilitator...

 

Kem Jati Diri Pelajar Cina Tingkatan 2

Program ini telah diadakan pada 14 dan 15 Mei 2010 di Kem Kaizen, Gunung Pulai Pontian. Kem yang mengambil masa 2 hari ini bertujuan membentuk sahsiah dan peribadi unggul. Seramai 39 orang pelajar terpilih mengikuti program ini. Diharapkan dapat meningkatkan disiplin serta ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Kem ini diselia oleh En Mohamad bin Ismail (GPK HEM) serta beberapa orang guru disiplin dan kaunseling

 

Sabtu, 8 Mei 2010
Program Osmosis II Bersama Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Johor mengisi LDP 4/2010. Program yang dikendalikan oleh ENCIK ROSLI BIN MOHAMAD (Ketua Sektor) dan ENCIK AZIZURAHMAN BIN HJ SAMIAN (Kaunselor) berjaya member impak yang besar kepada guru dan staf MUNSHI. Melalui program ini guru-guru dan staf dapat mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan rakan-rakan serta menggunakannya untuk memajukan organisasi. Program yang bermula jam 8.00 pagi berakhir pada jam 2.45 petang. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sabtu, 24 April 2010
Program Pengukuhan Solat telah diadakan di Makmal Komputer MUNSHI bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program tersebut bertujuan membentuk sahsiah dan peribadi unggul kerana ibadah solat yang berkesan mampu mencegah berlakunya segala kemungkaran dan kemaksiatan. Ia juga menjamin ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat. Program ini juga merupakan salah satu kaedah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 & 2 terlibat dalam program yang dibimbing oleh guru-guru MUNSHI. Encik Meskam Bin Masbor, Pengetua SMK Munshi Sulaiman menyempurnakan majlis penutupan rasmi.  

Jumaat, 23 April 2010
Syarikat Ah Hai Industries Sdn Bhd dan Planet Products Sdn Bhd berkunjung ke SMK Munshi Sulaiman untuk Prrogram PLANT FOR TOMORROW. 10 pokok Khaya Senegalensis yang disumbangkan oleh syarikat tersebut telah ditanam di hadapan blok PERSONA. Kunjungan yang disertai oleh seramai 15 orang staf  dari syarikat tersebut disambut oleh GPK HEM, Encik Mohamad Bin Ismail dan beberapa orang guru. Semoga MUNSHI akan lebih ceria..

 

Perkhemahan Badan Beruniform 2010

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform diadakan pada 16, 17 dan 18 April 2010 di Hutan Botani Ayer Keroh, Melaka. Perkhemahan selama 3 hari ini melibatkan 40 orang pelajar dan 20 orang guru. Pelbagai aktiviti untuk memantapkan daya tahan dan disiplin pelajar telah dijalankan dengan jayanya antaranya Ice Breaking, Night Walk, Wall Climbing, Paint Ball, Diskusi dan lain-lain. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Munsyi Sulaiman, Encik Meskam Bin Masbor manakala majlis penutupan oleh GPK HEM, Encik Mohamad Bin Ismail. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru pengiring. MUNSHI BOLEH....

Sabtu, 10 April 2010
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H telah diadakan di dewan MUNSHI bermula jam 8.00 pagi. Majlis tersebut diserikan dengan bacaan Berzanzi dan Selawat serta syarahan agama oleh Ustaz Haji Mohammad Nazri Bin Ismail dari SMK Pekan Baru Muar. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke Akhirat, InsyaAllah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan sumbangan...
 

Sabtu, 27 Mac 2010
LDP 3/2010 - Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
LDP 3/2010 dijalankan dengan kerjasama Institut Perguruan Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Munshi mengenai Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning). LDP 3 yang bermula jam 8.00 pagi di IPTHO ini memberi impak yang besar kepada semua guru Munshi meningkatkan profesionalisme. Diharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan dan mempelbagaikan teknik mengajar. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah IPTHO...

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010
Pelaksanaan ujian tersebut akan dijalankan mulai 1 Mac – 31 Mei 2010.
 
Pihak sekolah menggalakkan pelajar-pelajar Tingkatan 1-3 menduduki ujian tersebut secara on-line melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet.

Selasa, 23 Mac 2010

Mesyuarat Penggubalan & Penyelarasan Soalan Untuk Peperiksaan Setengah Tahun SPM Bahasa Inggeris (1119 1/2) Setara Peringkat Daerah Batu Pahat Bagi Tahun 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2,  Blok Exora, SMK Munshi Sulaiman, bermula pada jam 1.30 ptg akan diadakan. Mesyuarat berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 & 24 Mac. Seramai 10 orang guru dari 10 buah sekolah di daerah Batu Pahat terlibat dan 5 orang daripada mereka merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris.

Isnin, 22 Mac 2010

Selamat kembali ke sekolah untuk semua warga SMK Munshi Sulaiman yang telah bercuti selama 1 minggu.....                   SMK Munshi Sulaiman berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Markom Giran (Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor), Tuan Haji Shapie Md Shariff (PPD Batu Pahat) serta pegawai-pegawai daripada JPNJ dan PPD Daerah yang turut serta dalam perhimpunan pagi rasmi hari Isnin. Kunjungan mereka adalah khas untuk Majlis Pelancaran Sekolah Angkat. Dalam ucapan Timbalan Pengarah, beliau telah memberi nasihat dan kata semangat kepada para pelajar terutamanya Tingkatan 3 dan 5 untuk sentiasa mengamalkan disiplin yang baik, tekun belajar dan berusaha bersungguh-sungguh di dalam menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Beliau dengan rasminya telah mengumumkan bahawa SMK Munshi Sulaiman dijadikan Sekolah Angkat. Semoga ini akan menjadi pendorong kepada semua warga SMK Munshi Sulaiman untuk bersama-sama berganding bahu menuju ke arah kejayaan yang diharapkan.

Pada perhimpunan rasmi pagi ini juga telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen Membaca (NILAM) peringkat sekolah anjuran PSS SMK Munshi Sulaiman yang telah dirasmikan oleh Puan Mahani Muhid (GPK Kurikulum). Majlis yang sama juga berlangsung serentak di sekolah-sekolah lain di dalam zon PKG Penggaram. Dengan pelancaran Kempen Membaca ini, diharap semua warga Munshi tak kira pelajar, guru dan kakitangan sekolah akan menjadikan buku sebagai teman setia kerana membaca itu adalah jambatan ilmu....

Isnin, 15 Mac 2010
Program Latihan Dalam Perkhidmatan 2/2010 “Bersama Pengurusan Psikologi JPNJ”
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Markom Giran (Timbalan Pengarah Pelajaran Johor), Encik Rosli Mohamad (Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPNJ), Tuan Haji Shapie Md Shariff (PPD Batu Pahat) serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan staf yang telah menjayakan LDP 2/2010 ini. Semoga MUNSHI akan berubah dan dapat membuat lonjakan sebagaimana yang diharapkan.

Sabtu, 13 Mac 2010
Pertandingan ragbi  7 sebelah antara rumah sukan telah diadakan mulai jam 7.30 pagi. Program yang bermatlamatkan melahirkan kumpulan pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual telah mendapat sambutan yang baik daripada pelajar. Seramai 60 orang pemain daripada 6 rumah sukan telah menyertai program ini. Program ini juga berjaya mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran asas permainan ragbi. Rumah Oren telah menjadi johan, Rumah Kuning menjadi naib johan dan Rumah Merah mendapat tempat Ketiga. Tahniah kepada Kelab Ragbi dan semua guru yang telah menjayakan program ini...

Tahniah kepada...

Puan Ellis Ria Suhaiza binti Shamsudin yang dilantik sebagai Penyelaras Tingkatan 6   menggantikan Puan Hajjah Roszan binti Mohd Shah dan Puan Azilah binti Ani sebagai Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6 menggantikan En Kamisan bin Salleh mulai 8 Mac 2010.

Semua warga Munshi Sulaiman mengucapkan  takziah kepada Cikgu Tan Boon Hai atas pemergian ibunya pada 11 Mac 2010.
 
Alfatihah buat Allahyarham En Rashid bin Hassan dari SMK Tun Sardon yang telah meninggalkan kita pada 9 Mac 2010. Jasa beliau  sebagai Penyelia Kawasan Peperiksaan Awam dan Pentaksir ULBS di SMK Munshi Sulaiman akan kami kenang dan amat kami hargai.  Semoga rohnya sentiasa di bawah rahmat  Allah dan dimasukkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin....

KEPUTUSAN STPM 2009 SMK MUNSHI SULAIMAN – 100%

Kami warga Munshi Sulaiman mengucapkan ribuan terima kasih & tahniah kepada semua pelajar dan guru yang telah berusaha mencapai kecemerlangan ini.
  

1. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 FASA 2 

2. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 

Selamat Datang Kepada 4 orang GP UPSI
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada 4 orang guru pelatih dari Iniversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Selamat menempuh cabaran dunia pendidikan di SMK Munshi Sulaiman. Semoga tabah, sabar dan berjaya dengan cemerlang...

 

11 Februari 2010,
Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-43  yang bertemakan SATU MALAYSIA MENUJU KECEMERLANGAN SUKAN telah dirasmikan oleh Encik Kuswandi Tayen wakil khas PPD Batu Pahat. Temasya yang gilang gemilang itu bermula jam 7.30 pagi dan Rumah Syahbandar (Oren) telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan rumah sukan. Tahniah kepada semua peserta ... MUNSHI BOLEH.

 

 

 

 

Sabtu, 16 Januari 2010
LDP 1/2010: Kemahiran Aplikasi Data Headcount & Audit Akademik. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan. Diharapkan guru-guru dapat memahami konsep dan keperluan ‘headcount’ dalam proses P&P. Diharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan data ‘headcount’ dalam P&P dan meningkatkan prestasi akademik melalui penggunaan data ‘headcount’. Fasilitator: Puan Lee Gek Hong

 

Khamis, 11 Mac 2010
Majlis Pengesahan Perlantikan Pengawas Sekolah telah diadakan di dataran perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh Tuan Insp. Ng Hap Shoong, pegawai perhubungan sekolah.Tahniah kepada semua pengawas sekolah dan diharapkan anda semua menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan adil serta akan sentiasa menjaga nama baik sekolah ini.
Sabtu, 6 Mac 2010
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 telah diadakan di dewan sekolah bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Encik Teo Yew Chuan. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir. Majlis ini seharusnya menjadi wadah untuk ibu bapa, guru dan komuniti setempat membincangkan tentang usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak dalam pelajaran.  

INFO SEMASA
LDP  7/2010
Bersama Sektor  Psikologi & Kaunseling JPNJ
Pada hari Sabtu,
14 Ogos 2010
Mulai Jam 8.00-1.00 Petang
Di Dewan Sekolah
Semua guru diwajibkan hadir
GALERI PERISTIWA

KLIK DI SINI UNTUK PAPARAN

WEBMASTER

PASUKAN WEB MUNSHI

DIARI MUNSHI
Diari 2010
PAUTAN

Pres
Sistem Pertukaran Guru Antara Negeri Secara Online
Portal EPS
HRMIS
Sistem Aduan Pelanggan
Semakan Cek/EFT Batal

Pinjaman Kenderaan

EDU WebTV

OpenOffice.org Competition
 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 
















 

 

 

RIADAH MINDA

BACALAH SAYANG

BLOG GURU-GURU
MUTIARA KATA 1
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
Survey
Siapakah anda?
32% Pelajar
22% Guru
2% Ibu Bapa
35% Bekas Pelajar
9% Pengunjung Biasa